Inovasi Hijau, Menuai Keberkatan
SNH GREEN WAKAF merupakan projek tanaman sayur hidroponik menggunakan tenaga solar yang dibangunkan oleh Surau Nurul Hidayah bagi menjana sumber ekonomi berterusan untuk pengimarahan surau dan manfaat masyarakat.
🎯 Sasaran kami ialah mengumpul dana sebanyak RM5,000 bagi membina 10 Rak Hidroponik Baharu.
Lubang Tanaman Aktif
Rak Hidroponik
Jenis Tanaman
Rak Baharu Diperlukan
Alhamdulillah, Surau Nurul Hidayah telah berjaya membangunkan 3 rak hidroponik menggunakan sistem tenaga solar sebagai projek wakaf produktif untuk menjana sumber ekonomi surau.
Hasil jualan sayuran segar digunakan bagi membantu kos pengimarahan surau, program dakwah, kebajikan dan penyelenggaraan kemudahan surau.
Kini kami memerlukan sokongan masyarakat untuk menambah 10 rak hidroponik baharu supaya lebih banyak hasil dapat dijana secara berterusan.
✅ 3 Rak Hidroponik
✅ 120 Cup Tanaman
✅ Hasil jualan sekitar
RM150
setiap tuaian.
✅ 13 Rak Hidroponik
✅ 520 Cup Tanaman
✅ Potensi hasil sehingga
RM650–RM700
setiap tuaian.
Hasil jualan sayuran akan disalurkan untuk membantu pengimarahan Surau Nurul Hidayah, aktiviti dakwah, program kebajikan serta penyelenggaraan kemudahan surau bagi manfaat seluruh masyarakat.
Setiap sumbangan yang anda hulurkan merupakan pelaburan akhirat yang membantu membina 10 rak hidroponik baharu bagi menjana manfaat berterusan untuk Surau Nurul Hidayah.
Surau Nurul Hidayah
Bank Islam Malaysia Berhad
01050010000237
📱 Imbas QR menggunakan mana-mana aplikasi perbankan atau salin nombor akaun di bawah.